Tip Menggunakan Komputer

Januari 11, 2007

Apakah smartkomputer itu?  Lagi-lagi komputer.  Lagi-lagi komputer.  Tak habis-habis dengan komputer. Hidup dengan komputer, mati pun dengan komputer. Ini pula dengan smartkomputer, apakah bendanya itu.   Bendanya yang itu juga, apa lagi kalau tidak benda itu.  Hanya pada pangkal nama saja ditambah smart, menjadi smartkomputer.  Bagaimana tak smart, memandangkan pada masa sekarang telah banyak perubahan-perubahan telah berlaku kepada fungsi atau kegunaan sesebuah komputer berbanding komputer dua dekat yang lalu.

Dua puluh lima tahun dulu, sebuah komputer hanya boleh memperoses perkataan dan memperoses data dengan amat terhad sekali.  Muatan memorinya juga rendah. Medianya hanya menggunakan flopy drive berukuran lima inci.  Itu dulu, dan sekarang ianya semakin dilupakan, dan seakan-akan tidak ujud langsung.

Pada masa sekarang fungsi sebuah komputer itu telah bertambah dengan pesat sekali. Selain dua fungsi yang disebutkan di atas, antaranya yang utama  ialah membuat perhubungan menggunakan internet saperti apa yang kita gunakan sekarang.  Bermain game dalam talian,  memperoses grafik kelajuan tinggi, membuat rakaman CD dan DVD di mana satu masa dulu tidak terlintas dalam fikiran kita. Tidak ketinggalan  komputer juga boleh mencipta muzik dan memainkannya semula lagu-lagu serta menonton video.  Semua fungsi-fungsi tersebut sebenarnya telah maklum pada semua orang mengenainya sehinggakan kanak-kanak lima tahun pun mengentahuinya.  Inilah salah satu ciri smartkomputer.

Bagi pekerja pejabat kecil dan sederhana dimana tiada program tertentu yang dapat digunakan sebagai perlaksa tugas harian, kerja-kerja rutin harian boleh membebankan dan membosankan.  Terutama kerja atau tugas yang berulang-ulang dibuat setiap hari.  Kerja-kerja tersebut masih tetap membebankan walaupun komputer aplikasi pejabat digunakan.  Sebabnya, komputer itu menggunakan kita untuk kerja, bukan kita guna komputer untuk memudah dan menyenangkan kita membuat kerja. 

Contoh, katakan kita hendak menaip surat dan menghantarkan surat-surat tersebut kepada dua puluh orang yang data nama dan alamatnya  telah sedia ada dalam pangkalan data komputer kita. Adakah kita perlu menaip berulang kali nama dan alamatnya di sampul surat yang hendak dihantar?  Sudah tentu kerja bergini membosankan.  Ini lah tugas yang sepatunya komputer itu buat untuk kita dengan klik dua tiga kali saja kerja-kerja tersebut sudah beres.   Bagaimana, dengan smartkomputer, boleh kah dia lakukan?  Ya sudah tentu boleh. Sebab itu namanya smartkomputer.

Nampak  dan kedengaran agak pelik juga bagaimana satu tugas yang banyak hanya perlu kan dua tiga klik saja sudah memadai.  Ya, itulah kenyataannya bagaimana kita gunakan komputer semaksimum mungkin, bukan komputer gunakan kita.  Peroses begini boleh dilakukan menggunakan program yang khusus.  Program ini telah ujud sejak lima belas tahun yang lalu. Program ini  agak mudah dipelajari dan mudah dikendalikan.

Program yang saya maksudkan disini ialah program Lotus 123. Pernahkan anda mendengarnya. Ianya macam sudah dilupakan oleh orang-orang yang canggih skarang. Progran ini sudah ujud sebelum program Excel diterbitkan. Lembaran kerjanya hampir serupa dengan Excel. Walau bagaimana pun masih ada berbezaan yang cukup ketara terutama bila melibatkan penggunaan makro (macro).  Apa yang saya maksudkan disini ialah dimana sesuatau peroses kerja itu dirakam dan boleh diarah guna semula bagi sesuatu kerja yang terpaksa di buat berulang kali. Bagi Excel perosesnya agak rumit berbanding Lotus yang lebih mesra penggunaannya.  Makro Lotus kelihatan lebih telus berbanding Excel.

Sehingga dilain masa, jumpa lagi.

This is a link to smartusaha.com